Sabtu, Februari 04, 2012

UMS BERSEDIA UNTUK DIAUDIT UNTUK DAPATKAN STATUS AUTONOMI DALAM USAHA MENJADI INSTITUSI BERTARAF DUNIA

UMS sedia untuk status autonomi

Universiti Malaysia Sabah KOTA KINABALU Feb 4, 2012: Universiti Malaysia Sabah (UMS) bersedia untuk diaudit bagi menentukan kesediaan universiti itu untuk mendapat status autonomi, kata Naib Canselornya Brig Jen Prof Datuk Seri Panglima Dr Kamaruzaman Ampon.

Beliau berkata, Jawatankuasa Kerja berkaitan juga sedang berusaha membuat persediaan untuk proses audit kesediaan autonomi bagi fasa kedua pada tahun ini.

“Kerajaan telah memutuskan untuk menganugerah status autonomi kepada semua IPTA menjelang 2015 dengan semua IPTA perlu melalui proses pengauditan menjelang tahun terbabit.

“Langkah ini merupakan proses penurunan kuasa bagi meningkatkan kecekapan prestasi perkhidmatan awam terutamanya sektor pengajian tinggi dan pemberian status autonomi ini adalah berteraskan prinsip integiriti dan akauntabiliti,” katanya.

Tambahnya, melalui autonomi, institusi pengajian tinggi awam (IPTA) berkuasa membuat dan melaksanakan keputusan sendiri melalui struktur tadbir urus yang jelas.

  • Katanya, struktur itu terdiri daripada Lembaga Pengarah Universiti, Senat, Naib Canselor dan pihak berkuasa lain.
  • Kamaruzaman berkata, pembuatan dan pelaksanaan keputusan adalah berkaitan pengurusan kewangan dan penjanaan kekayaan, dan penetapan dasar berkaitan pembangunan organisasi.
  • Di samping itu, pembuatan dan pelaksanaan keputusan juga boleh berkait sistem saraan dan urusan perkhidmatan berkaitan modal insan, serta mewujud, menawar dan melaksanakan program pengajian berdasarkan sistem jaminan kualiti yang memenuhi keperluan audit institusi.

Dengan adanya autonomi, pihak IPTA boleh membuat perancangan sendiri dalam usaha menjadi institusi bertaraf dunia,” katanya di Majlis Amanat Naib Canselor di Dewan Canselor UMS, kelmarin.

Katanya, bermula tahun lalu, IPTA secara berperingkat telah diaudit dan diukur tahap kesediaan masing-masing untuk diberikan status autonomi.

Lima universiti pendidikan (RU) telah diaudit sebelum ini adalah Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) bertindak sebagai panel auditor dengan instrumen penilaian pula adalah kod tadbir urus Code of University Good Governace (CUGG).

Sementara itu, Kamaruzaman berkata, Dokumen Penilaian Kendiri perlu disediakan dan dikemukakan kepada MPC selewat-lewatnya 10 April tahun ini, manakala lawatan audit MPC dijangka pada 14 hingga 16 Mei nanti.

“Dengan terlaksananya audit ini nanti, kita akan mengetahui kedudukan serta kelemahan-kelemahan UMS bagi membolehkan langkah penambahbaikan berterusan dilaksanakan,” katanya.

KAMARUZAMAN bersalaman dengan salah seorang kakitangan UMS ketika perarakan keluar dewan selepas menyampaikan amanatnya di Dewan Canselor universiti itu, kelmarin.

17 ulasan:

  1. Berbangga jika UMS berjaya mendapat aoutonomi itu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. all the best and good luck

      Padam
    2. semoga UMS mendapat autonomi tersebut.

      Padam
  2. Semoga ini akan menjadi batu loncatan kepada UMS untuk terus berkembang dan terus melahirkan graduan2 yang berkebolehan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. sadly with the current corruption investigation being conducted within the campus grounds has smear its reputation

      Padam
    2. hopefully with this process being implemented it will promote the growth of intellect as well as restoring the honor and prestige of this campus

      Padam
    3. Kes rasuah RM43 juta itu sememangnya telah memberikan kesan negatif terhadap imej UMS.

      Padam
  3. Diharap segala usaha UMS membuahkan hasil yang sewajarnya

    BalasPadam
  4. semoga UMS akan berjaya mendapat autonomi.

    BalasPadam
  5. dan semoga UMS akan menjadi universiti yang terbaik dan bertaraf dunia.

    BalasPadam
  6. Hopefully UMS will be able to gain the autonomy to run the University on their own without interference.

    BalasPadam
  7. Make sure the audit is conducted effectively and fairly.

    BalasPadam
  8. Baguslah jika UMS bersedia untuk sahut cabaran.

    BalasPadam
  9. penambahbaikan ke atas kelemahan2 yang dihadapi UMS diharap dapat dibuat setelah audit ini terlaksana. kita inginkan yang terbaik buat UMS.

    BalasPadam
  10. UMS perlu memberikan yang terbaik. Jangan sampai ada pihak yang cuba menjadikan perkara ini menjadi isu kepentingan mereka.

    BalasPadam
  11. Audit ini untuk kebaikkan UMS itu sendiri. Memang kita dengar bermacam-macam yang dikaitan dengan UMS namun itu semua belum pasti lagi kesahihannya.

    BalasPadam
  12. setelah diberikan autonomi, saya harap ums dapat menunjukkan banyak perubahan positif..

    BalasPadam