Khamis, Februari 02, 2012

RUMAH TERBALIK HARGA SETENGAH JUTA

Rumah Terbalik Pertama Di Malaysia Dengan Mesej Alam Sekitar

Yee menunjukkan rumah terbalik yang dibinanya di Kampung Bantayan-Telibong di Sabah. Foto ihsan Alexander Yee.

KOTA KINABALU: Seorang lelaki kelahiran Sabah membelanjakan setengah juta ringgit bagi membina rumah terbalik pertama di Malaysia yang menyampaikan mesej alam sekitar.

Rumah Terbalik Tamparuli Sabah Alexander Yee berkata, struktur rumah luar biasa yang terletak di Kampung Bantayan-Telibong, kira-kira 40 kilometer dari bandar itu amat berbaloi.

“Jika kita terus mengeksploitasi sumber semulajadi secara berterusan, lambat laun kita akan melihat dunia ‘terbalik’ (musnah),”

kata Yee yang memiliki firma binaan selain mengusahakan rumah penginapan untuk pelancong di taman hidupan liar daerah Kinabatangan di pantai timur Sabah.

Yee menunjukkan rumah yang berkeluasan 140 kaki persegi itu dilengkapi dengan kemudahan lengkap termasuk ruang tamu, bilik mandi, ruang makan dan juga dapur yang mempunyai ciri-ciri tradisional Sabah.

Dia berkata, semuanya diletakkan secara terbalik dan ini termasuk peti sejuk, dapur memasak dan periuk nasi di dapur serta mesin jahit.

Pembinaan rumah terbalik itu mengambil masa hampir enam bulan melibatkan bumbung, dinding dan lantai yang diperkukuhkan dengan hiasan dalaman yang membuatkannya seperti tergantung.

Hiasan dalaman di dalam rumah diletakkan secara terbalik seolah-olah seperti tergantung.

Yee berkata, pengunjung boleh melawat rumah terbalik itu.

Bayaran masuk berharga RM18 bagi orang dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak berusia sehingga 12 tahun.

Bagi mereka yang mempunyai MyKad boleh mengunjungi rumah terbalik itu dengan bayaran RM10.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai rumah terbaik Yee di laman sosial Facebook yang dibuka untuk rekaan terbaru itu.

16 ulasan:

  1. This is an interesting move in order to promote the importance of conserving the environment. Good job.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Indeed. the mode of communicating the message is very metaphoric.

      Padam
  2. rumah yang agak uni. rumah terbalik tersebut ingin menyampaikan mesej kepada orang ramai berhubung penjagaan alam sekitar.

    BalasPadam
  3. wow!!! pelik tapi benar.

    BalasPadam
  4. Standing ovation for you man!

    BalasPadam
  5. memang nampak unik. pembinaan yang bukan sekadar suka2 tapi menyampaikan mesej yang cukup bermakna kepada semua. nanti bolehlah berkunjung ke rumah terbalik ni.

    BalasPadam
  6. tidak pasti apa yang difikirkannya. Namun ini boleh menjadi antara carikan pengunjung ke Sabah.

    BalasPadam
  7. syabas kerana mampu merealisasikan hasil kreatif seperti ini.. saya harap nilai keseluruhan pembinaannya berbaloi dengan jumlah pengunjung yang datang samada dari luar amahupun dalam negara..

    BalasPadam
  8. ya memang terbalik, tapi ndada kaitan langsung dengan alam sekitar tu...ada kaitan dengan duit saja........

    BalasPadam
  9. Mahalnya bayaran nak masuk RUMAH TERBALIK tu....tak mampu kami yg miskin.....uhukssss.... : UNGGAS RIMBA 2012

    BalasPadam
  10. masuk ke dalam rumah ni pun mesti tebalik..kaki di atas.

    BalasPadam
    Balasan
    1. bayaran masuk memang agak mahal.. bagi saya cukup la sekali tuk berkunjung..

      Padam
  11. Inilah yang bagus, mengambil idea baik dari luar negara untuk kebaikan semua. Pasal bayaran tu, mungkin pengusaha boleh fikirkan mekanisma agar bayaran dapat dikurangkan tapi masih mendapat pulangan memberangsangkan.... Fikirkan untuk jangka panjang!!!

    BalasPadam