Sabtu, Disember 03, 2011

IKAN LUMBA-LUMBA DI LENGAN MANUSIA ?

Lengan kudung seperti kepala ikan lumba-lumba

image SOFIA: Lengan kudung seorang lelaki diubah menjadi kepala ikan lumba-lumba oleh seorang pelukis tatu.

Lelaki berkenaan kehilangan lengannya akibat kemalangan.

Heine Braeck, 33, bosan dengan keadaan lengannya yang kudung sejak mengalami kemalangan di landasan kereta api ketika zaman kanak-kanak. Kerana ia kelihatan hampir sama dengan kepala ikan lumba-lumba, lelaki berasal dari Sarpsborg, Norway itu meminta pelukis tatu Bulgaria, Valio Ska membuat tatu 3D kepala ikan berkenaan. Hasilnya, sungguh luar biasa.

Ska yang menguruskan syarikat melukis tatu, ‘Sofia Ink’ di Bulgaria, mengambil masa tiga setengah jam untuk menyiapkan tugas rumit itu.

image “Saya kehilangan lengan ketika berusia 13 tahun akibat tindakan untuk mengambil jalan pintas di atas sebuah kereta api barangan yang bergerak.

Saya hilang keseimbangan badan dan terpaksa berpaut pada wayar yang membekalkan tenaga kepada kereta api itu. Ia menyebabkan lengan saya rentung.

“Saya dapati lengan yang dipotong oleh doktor itu kelihatan seperti kepala ikan lumba-lumba. “Saya akhirnya mengambil keputusan untuk melakukan sesuatu padanya dan menghubungi Ska untuk melukis tatu pada lengan yang kudung itu.

“Rakan saya kata ia cantik dan saya sukakannya. - Agensi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan