Wakil rakyat Pas tak beri khidmat digugur - Nik Aziz
KOTA BHARU 18 Nov. - Wakil rakyat Pas yang tidak memberi khidmat sepatutnya kepada rakyat dan parti, tidak akan diberi peluang untuk bertanding semula dalam pilihan raya umum akan datang.
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, pihaknya tidak teragak-agak untuk membuang nama wakil rakyat sedia ada daripada senarai pilihan calon sekiranya mendapat laporan kurang memuaskan daripada penyokong akar umbi tentang kepemimpinan mereka.
Beliau yang juga Pesuruhjaya Pas Kelantan berkata, laporan daripada peringkat kawasan akan diteliti sebelum sebarang keputusan dibuat oleh jawatankuasa khusus yang memilih calon pilihan raya.
"Prestasi calon akan dinilai oleh jawatankuasa kawasan dan mereka akan membawa laporan itu kepada jawatankuasa khusus yang mana saya sendiri menjadi pengerusi.
"Kalau prestasi merudum kita akan buang dan secara lojiknya mereka tidak akan dipilih untuk bertanding dalam pilihan raya," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah di sini, hari ini.
-------
Pas berhati-hati pilih calon, siap sedia hadapi PRU-13
KOTA BHARU 18 Nov. - Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Pas telah bersiap sedia menghadapi pilihan raya umum bila-bila masa dan berhati-hati dalam soal pemilihan calon yang bakal bertanding.
Nik Abdul Aziz yang juga Pesuruhjaya Pas Kelantan berkata, pihaknya berhati-hati dalam hal ini dan telah menubuhkan jawatankuasa khas untuk menilai prestasi seseorang calon.
"Pas tidak ada masalah dalam pemilihan calon, kerana kita mempunyai ramai calon berkelayakan cuma pemilihan perlu dibuat melalui jawatankuasa khas yang dibentuk dari peringkat akar umbi hingga ke peringkat tertinggi parti,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Jumaat di dataran ilmu di sini hari ini.
Beliau berkata, apa yang pasti wakil rakyat yang gagal menunjukkan prestasi cemerlang ketika diberi peluang menjadi calon dalam pilihan raya lepas, tidak akan dipilih lagi kali ini.
Selamat berjuang kepada PAS dalam pertandingan calon nanti.
BalasPadammana2 pemimpin yang tidak menjalankan tugas dgn baik mmg perlu digugurkan.
BalasPadamHarap setiap parti akan menghantar calon yang terbaik untuk mewakili parti masing masing bila PRU-13 nanti.
BalasPadammereka yang menunjukkan prestasi yang tidak baik memang wajar tidak dicalonkan.
BalasPadammana-mana parti pun pasti akan berusaha untuk menghantar calon terbaik. jadi terserah kepada rakyat untuk menilai.
BalasPadamkira sama la tu dengan pendekatan terbaru najib.. winnable candidate.. kira PAS tiru dari BN juga ni cuma bun yinya saja lain..
BalasPadamapa2pun semoga berjaya.. kurang2kan la bercakap di media dan banyakkan bertindak..
BalasPadamBegitu juga dengan semua Parti. Harap akan melakukan tanggungjawab sepenuhnya.
BalasPadamsesuai sangatlah tu..tiada guna juga untuk menyimpan wakil rakyat yang tidak dapat menunaikan tanggungjawab kepada rakyat.
BalasPadamini merupakan amaran keras kepada wakil rakyat yang sedia ada sekarang. jadi, mereka yang ttidak memberi prestasi yang memuaskan bersedialah untuk digugurkan.
BalasPadamGo for the winnable candidates. Not the liability ones.
BalasPadam