Jumaat, Mac 04, 2011

LELAKI WARGA INDONESIA DIPENJARA 16 TAHUN SEBABKAN KEMATIAN MAJIKAN

Lelaki warga Indonesia dipenjara 16 tahun sebabkan kematian majikan

4th March, 2011 TAWAU: Mahkamah Sesyen kelmarin menjatuhkan hukuman penjara 16 tahun ke atas seorang lelaki warga Indonesia kerana menyebabkan kematian majikannya di Kalabakan pada tahun lepas.

Tertuduh, Muliadi Munir, 24, yang mengaku bersalah kerana mendatangkan kecederaan sehingga kematian ke atas Rapiah Ahai, 54, dihukum mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan.

Turut bersama Muliadi ketika kesalahan itu dilakukan ialah adik lelakinya yang berusia 17 tahun.

Menurut Timbalan Pendakwa Raya, Shukor Abu Bakar, ketika kejadian, tertuduh telah mengikat tangan dan muka Rapiah serta mengarahkan adiknya mengikat kaki mangsa.

Setelah itu, kedua-dua mereka bertindak melarikan barang-barang milik mangsa seperti barang kemas, wang tunai dan telefon bimbit milik.

Bagaimanapun kata Shukor, usaha mereka melarikan diri tidak berhasil apabila mereka berjaya ditangkap oleh pihak polis di kawasan pangkalan di kampung itu.

Hakim Egusra Ali dalam penghakimannya mengarahkan hukuman tertuduh dijalankan bermula dari tarikh tangkap.

Hukuman ke atas adik lelaki Muliadi yang dituduh atas kes sama pula ditangguhkan, sementara menunggu Laporan Akhlak dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan pada April depan.

6 ulasan:

  1. makin byk kes jenayah berlaku dan kini ia melibatkan pekerja dan majikan.

    BalasPadam
  2. Inilah sebab kita janganlah terlalu bergantung dengan pekerja asing. Makin banyak kes jenayah yang melibatkan warga asing.

    BalasPadam
  3. kes yang melibatkan warga asing semakin banyak yang kita dengari. harap pekara ini dapat dibendung.

    BalasPadam
  4. Inilah masalah dengan Warga Asing ini. Berani bertindak dan melakukan jenayah dinegeri orang.

    BalasPadam
  5. kebanyakan jenayah di Sabah mesti melibatkan warga asing. mungkin hanya jika warga asing ini dihantar ke negara asal mereka, rakyat Sabah akan lebih selamat dan kadar jenayah di negeri ini juga akan berjaya dikurangkan. saya harap kerajaan serta pihak polis tidak memandang ringan kehadiran warga asing di negeri ini.

    BalasPadam
  6. This is why we need to solve this PATI issue immediately. It is because of this foreigners, crime rate increased!

    BalasPadam