Jumaat, Disember 10, 2010

SINDIKET CURI MOTOSIKAL TUMPAS REMAJA BERUMUR ANTARA 14-17 TAHUN TERLIBAT

SINDIKET REMAJA CURI MOTOSIKAL TUMPAS

DIJUMPAI ... Ahmad Sofi (kanan) bersama dua pegawai kanan dari Jabatan CID menunjukkan motosikal yang dirampas.

10th December, 2010 KOTA KINABALU: Polis menumpaskan sindiket mencuri motosikal dengan tertangkapnya lapan orang termasuk empat anggota sindiket itu berumur antara 14 hingga 17 tahun.

Polis menjumpai lapan buah motosikal model Honda EX5 termasuk yang sudah dipisah-pisahkan bernilai kira-kira RM40,000 berikutan tertangkapnya suspek-suspek itu dalam dua operasi berasingan.

Ketua Polis Bandaraya ACP Ahmad Sofi Zakaria memberitahu pemberita dari siasatan menunjukkan semua motosikal itu dicuri dari bulan Julai hingga 16 November tahun ini.

Beliau berkata, setelah menerima maklumat dari orang ramai, pasukan Bahagian Siasatan Jenayah dari balai polis Karamunsing dan Menggatal menahan dua daripada anggota sindiket itu pada 18 November di Kampung Kelingau di Menggatal, dua lagi anggota- nya ditahan dari kampung yang sama tidak lama selepas itu.

“Anggota-anggota saya menahan empat orang pembeli, semuanya petani berumur antara 23 dan 41 tahun yang membeli empat dari motosikal itu daripada anggota kumpulan itu dengan harga antaraRM500 dan RM800,” kata Ahmad Sofi.

Beliau berkata, tiga dari pembeli itu dari Kota Marudu dan satu lagi Menggatal.

Ahmad Sofi berkata, empat lagi motosikal itu dijumpai daripada anggota sindiket itu.

“Dari siasatan menunjukkan empat daripada anggota sindiket itu tidak lagi bersekolah dan mencuri motosikal-motosikal itu dari taman-taman perumahan di Sepanggar dan Tebobon,” katanya sambil menambah kes ini disiasat di bawah 379A Kanun Acara Jenayah.

15 ulasan:

  1. Sangat memalukan. Semakin banyak sindiket jenayah yang melibatkan remaja sekarang. Mengapa jadi macam ini?

    BalasPadam
  2. Orang ramai tidak sepatutnya melayan penjual motosikal ataupun barangan yang dicuri supaya tidak menggalakkan pencuri.

    BalasPadam
  3. remaja yang berumur belasan tahun pun sudah berani menjadi penjenayah. pekara ini perlu dipandang serius terutamanya oleh ibu bapa.

    BalasPadam
  4. orang ramai yang ingin membeli motosikal atau barang lain, perlulah berhati-hati bagi mengelak daripada membeli barang curi.

    BalasPadam
  5. sindiket mencuri motosikal mmg makin berleluasa di sekitar kota kinabalu, sindiket ini perlu dihapuskan. kerjasama semua pihak amat diperlukan.

    BalasPadam
  6. zaman remaja sepatutnya dimanfaatkan sebaik mungkin untuk kebaikan masa depan, bukannya terlibat dengan jenayah. tahniah kepada pihak polis dan teruskan usaha membanteras jenayah..

    BalasPadam
  7. Pandai-pandai mencuri akhirnya jatuh kedalam lokap juga.

    BalasPadam
  8. Na padan muka. Tu la cari masalah, sekarang tanggunglah akibatnya!

    BalasPadam
  9. Taniah jugalah pada pihak berkuasa kerana berjaya membanteras kegiatan ni. Please keep up the good work.

    BalasPadam
  10. Disappointing to see so much youngsters now involving in crime. They must be given appropriate punishments and hopefully they will change their ways.

    BalasPadam
  11. Please do not buy stolen goods, because it is also a crime.

    BalasPadam
  12. What is happening to our youngsters nowadays??*sigh*

    BalasPadam
  13. Tidak mahu belajar baik-baik, lebih sanggup menjadi pencuri. Inilah sikap remaja hari ini.

    BalasPadam
  14. Syabas dan terima kasih kepada pihak polis.

    BalasPadam
  15. ewah2....bukan main lagi remaja sekarang ini.... aktiviti tidak sihat ini lah yang perlu kita hindari...kepada sesiapa yang tidak pernah terlibat jangan sekali-kali mencuba..dan kepada yang suda terlibat, sedarlah bahawa kta hidup hanya sementara.

    BalasPadam