Dr Mahathir Sedih Langkawi Tidak Lagi Dalam LTdL
LANGKAWI, 14 Feb (Bernama) -- Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sedih kerana Pulau Langkawi tidak lagi menjadi laluan dalam Jelajah Basikal Le Tour De Langkawi (LTdL) sejak beberapa tahun lepas.
Katanya pulau peranginan itu sepatutnya disenaraikan dalam peringkat Jelajah LTdL kerana matlamat awal penganjuran kejohanan itu adalah untuk mempromosikan pulau itu di mata dunia.
Dr Mahathir, yang menjadi pencetus penganjuran Jelajah LTdL pada 1996, berkata berikutan LTdL tidak lagi diadakan di pulau itu maka satu kejohanan basikal bukit antarabangsa Langkawi akan dianjurkan pada Jun ini.
"Saya sedih kerana LTdL tidak dipertandingkan di Langkawi, sepatutnya diadakan di pulau peranginan ini," katanya pada sidang akhbar selepas melancar feri penumpang "My Ferry 2" berharga RM7 juta di Jeti Kuah, di sini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan