BUKIT MERTAJAM, 31 Mei (Bernama) -- Timbalan Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, Mansor Othman, 59, memenangi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti dengan majoriti 5,558 undi.
Mansor yang memperoleh 6,052 undi mengalahkan tiga calon Bebas iaitu Aminah Abdullah, 56, dengan 392 undi, Nai Khan Ari a/l Nai Keow, 41, (494 undi) dan Kamarul Ramizu Idris, 42, (56 undi).
Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Roslan Yahaya pada pukul 7.10 malam di Dewan Perdana, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di Jalan Berapit, di sini.
Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan peletakan jawatan penyandangnya, Mohammad Fairus Khairuddin kerana hendak melanjutkan pelajaran di peringkat pasca ijazah pada 16 April lepas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan