Isnin, Mei 18, 2009

BEBAN TUGAS BOLEH BAWA TEKANAN PERASAAN PADA GURU

image KUALA LUMPUR, 18 Mei (Bernama) -- Peningkatan beban tugas dan tekanan kerja menyebabkan semakin ramai kalangan guru terdedah kepada risiko mengalami tekanan perasaan, kata Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) Hashim Anang.

Beliau berkata ramai di kalangan guru menghadapi tekanan emosi yang bukan sahaja boleh menjejaskan prestasi kerja, malahan turut mengeruhkan hubungan antara rakan setugas, pelajar dan ibu bapa.

"Dahulu pukul 12.30, 1 petang, guru sudah boleh balik dan merehatkan minda, tapi sekarang pukul 4.30 petang pun belum tentu balik rumah, mengajar lagi, aktiviti ko-korikulum lagi, tambahan pula sukatan pembelajaran bertambah, makin bertambahlah kerja guru," katanya pada pemberita di sini, Isnin.

Katanya amalan senaman dan pendidikan agama yang secukupnya juga mungkin boleh membantu dalam mengatasi masalah tekanan perasaan di kalangan kumpulan pendidik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan