Selasa, April 21, 2009

PENYUSUNAN SEMULA DUNIA MEMERLUKAN PERATURAN SERAGAM

image

 "Kita memerlukan ekonomi dunia yang berasaskan hak asasi manusia, kita memerlukan ekonomi dunia yang berasaskan satu set peraturan yang sama, bagi mereka yang bernasib baik dan yang miskin.”

"Modal mampu bergerak dengan pantas, menghisap darah golongan miskin dan golongan abdi, lalu mengakibatkan wujudnya masyarakat yang menggelepar dalam penderitaan serta kesakitan yang tidak dapat dirawat, manakala wang pula mampu berlegar di sekeliling dunia dengan hanya menekan satu butang dan kekayaan bernilai bertrilion dolar, boleh lenyap dalam sekelip mata saja.”

"Kita perlu berhenti daripada membazirkan sumber kita yang begitu berharga daripada digunakan untuk berperang dan membuat persiapan untuk berperang dan sebaliknya menggunakan kekayaan itu bagi memberi makanan kepada golongan lapar, memberi air kepada mereka yang haus, memberi ubat-ubatan kepada mereka yang sakit, membina sekolah dan klinik bagi mereka yang melarat, memfokuskan pembangunan kita pada abad ini,"

 

Pejuang hak sivil terkenal Amerika Syarikat, Reverend Jesse Jackson Sr

Tiada ulasan:

Catat Ulasan