Memaparkan catatan dengan label pibg. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pibg. Papar semua catatan

Jumaat, Disember 21, 2012

SYSTEM TO BLAME FOR ILLITERATE STUDENTS — STU CHIEF

System to blame for illiterate students — STU chief

KUCHING 20/12/2012: It is “normal” for our education system to produce illiterates even after they have reached Form Five.

“Over the last 20 years, I have come across students of Form Four and Form Five who can’t even read and write. And these students are from an urban school, not a rural school.

“It is ‘normal’ for our education system to produce students who can’t read and write even after more than 10 years in formal education,” Sarawak Teachers’ Union president William Ghani Bina told The Borneo Post.

Jumaat, Ogos 24, 2012

NUTP: PELAJAR TAK DIGALAK KUTIP DERMA SEKOLAH

NUTP: Pelajar tak digalak kutip derma sekolah

Ogos 8 2012: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) tidak menggalakkan sekolah bantuan penuh kerajaan menggunakan pelajarnya mengutip derma di luar kawasan sekolah.

Presidennya Hashim Adnan berkata NUTP melihat aktiviti itu sebagai mengundang bahaya kepada pelajar tanpa mengira peringkat usia.

"Kita tak nak nanti ada kes pelajar diculik atau dirogol," katanya kepada Bernama hari ini.

Ahad, Mei 20, 2012

'TRANSFER BACK SABAH TEACHERS'

'Transfer back Sabah teachers'

Kota Kinabalu May 20, 2012: Teachers should be posted to their states of origin with the aim of raising the standards of education in their own backyard.

Most of the participants especially educators and leaders of Parents and Teachers Associations (PTAs) made this suggestion at a dialogue on the National Education Blueprint 2012 at 1Borneo Hypermall, Saturday.

If adopted, they said the placement of teachers would enhance education performance as well as quality in the respective states as what had been proven in Terengganu.

Selasa, April 10, 2012

PIBG GOTONG-ROYONG BINA RUMAH GURU DI SK NANGOH KERANA KEKURANGAN PERUNTUKAN

Ibu Bapa Dan Guru Gotong-royong Bina Rumah Guru Di SK Nangoh

BELURAN, 9 April (Bernama) -- Bagi mengatasi kekurangan rumah guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Nangoh dekat sini, ibu bapa murid dan guru di kampung itu mengambil inisiatif bergotong-royong menyiapkan kerja membina sebuah rumah guru.

Penolong kanan sekolah itu Mahmud Ahmad berkata inisiatif gotong royong itu dibuat bagi menjimatkan peruntukan membina rumah guru itu yang diterima daripada Pejabat Pendidikan Daerah Beluran daripada segi penjimatan kos buruh.

Ahad, September 04, 2011

KAJI JUMLAH GURU BUAT KERJA LUAR

Kaji jumlah guru buat kerja luar

KUALA LUMPUR 3 Sept. – Kajian perlu dilakukan untuk memastikan jumlah sebenar guru yang terlibat membuat kerja luar supaya sistem pendidikan negara tidak terjejas.

Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof. Madya Datuk Dr. Mohamad Ali Hassan berkata, pihaknya ada menerima laporan mengenai perkara itu, tetapi tiada statistik sebenar dan berharap bilangan guru yang terlibat tidak ramai.

“Kajian harus dilaksanakan bagi mengetahui kenapa dan mengapa guru-guru tersebut perlu membuat kerja luar sedangkan mereka mempunyai tugas dan tanggungjawab yang berat dalam mendidik anak bangsa.

“Sekiranya guru mahu mencari pendapatan lain sekali pun, mereka perlu patuh kepada etika dan tidak mengabaikan tanggungjawab sebagai pendidik,”

Ahad, Julai 17, 2011

SINGLE MUM GETS TO OWN LAND

Single mum gets to own land

KOTA KINABALU: A single mother who lived in a one-room shack has now received a piece of land of her own, thanks to the efforts of her child’s teacher and school principal.

Rosnia @ Annie Marambal, 36, had lived in the one-room shack with her three children in Kampung Kandawayon in Kudat for three years and their living conditions turned worse when her husband died of electrocution in Jan this year.

She earns between RM10 and RM20 daily as an oil palm estate labourer or by helping villagers in their fruit orchards to support her children Fiona Tai Chong, 14, Norhayati Maratim, 11, and Frederik, nine.

Rosnia’s plight was first highlighted by The Star in May.

SK Parapat teacher Zahari Mohamad found out about the family’s bleak living conditions when he wanted to express his concern to Rosnia about Frederik who is a slow learner.

Zahari followed Frederik home one day and was shocked to see the family’s living conditions.

He then informed the school principal Suahib Onggong, who sought help from the local community, including the school’s staff and Parent-Teacher Association to collect funds to buy a piece of land for the family.

On Friday, Zahari and Suahib witnessed the handing over ceremony of a 0.4ha land in Kampung Rukom Darat to Rosnia.

Zahari said the land cost RM7,000, while RM10,000 was paid to carry out reclamation works.

“The reclamation job could have cost more but the contractor agreed to lower the price,” he added.

Suahib said the Kudat District Office had also given their approval to release funds to build a house on the land, located about 4 km from Rosnia’s old shack.

Jumaat, Februari 18, 2011

SK ULU LUBAI 'PERMATA DALAM BELANTARA'

SK Ulu Lubai 'permata dalam belantara'

MUHYIDDIN Yassin bersama Mohd. Shafie Apdal beramah mesra dengan murid SK Ulu Lubai ketika meninjau sekitar sekolah itu di Limbang, Sarawak, semalam.

LIMBANG 17 Feb. - Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Lubai hanyalah sebuah sekolah yang serba sederhana dari segi infrastruktur dengan bangunan kayu lama manakala satu-satunya binaan konkrit hanyalah tandas kegunaan murid dan guru.

Lokasinya terletak di tengah-tengah hutan belantara. Ia dihubungkan melalui jalan balak ataupun menggunakan bot panjang menyusuri Sungai Lubai yang membabitkan tempoh perjalanan kira-kira sejam daripada Medamit.

Sekolah yang dibuka pada 1964 dan pernah ditutup pada 1976 sebelum dibuka semula setahun selepas itu hanya mempunyai 30 orang murid yang dibimbing oleh 11 orang guru dengan bantuan seorang staf sokongan.

Namun hari ini, SK Ulu Lubai mencatatkan sejarah gemilang apabila muncul sebagai sekolah pedalaman pertama yang diiktiraf sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) sekali gus memberi tamparan kepada sekolah lain yang berada di kawasan bandar mahupun luar bandar.

Menyifatkannya sebagai amat luar biasa, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, kejayaan SK Ulu Lubai itu membuktikan bahawa semua sekolah mampu cemerlang tanpa mengira lokasinya.

"Kalau kita lihat persekitaran dan infrastruktur, ia amat sederhana, bangunannya sudah lama dan diperbuat daripada kayu, tidaklah seelok bangunan-bangunan konkrit di sesetengah sekolah.

"Tetapi kerana kepimpinan sekolah itu adalah cemerlang dan guru-guru serta ibu bapa bersama murid-murid amat komited untuk bantu membangunkan sekolah ini, berlaku lonjakan yang amat besar," katanya pada sidang akhbar selepas mengumumkan senarai 23 SBT Kohort Dua di SK Ulu Lubai di sini hari ini.

Muhyiddin juga melontarkan cabaran kepada sekolah-sekolah lain dengan berkata:

"Jika SK Ulu Lubai yang begini keadaannya boleh muncul yang terbaik, saya tidak fikir sekolah lain tidak mampu."

Terdahulu ketika berucap pada majlis berkenaan, Muhyiddin berkata, SK Ulu Lubai telah menunjukkan pencapaian akademik yang amat cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dengan keputusan 100 peratus lulus sejak 2006 sehingga sekarang, menjadikannya sebagai sekolah terbaik di negeri ini.

imageKatanya, dalam penarafan sekolah kebangsaan, SK Ulu Lubai menduduki tempat ke-54 pada 2009 dan ia melonjak ke tempat pertama pada 2010.

Beliau memberitahu, lebih membanggakan, sekolah itu memenangi dua anugerah peringkat antarabangsa iaitu johan Commonwealth Education Good Practice Award 2009 dan finalis anugerah yang sama daripada Sekretariat Komanwel dan Kerajaan Malaysia.

Menurutnya, pencapaian terkini ialah pencalonan UNESCO Educational International Best Practices 2010.

"Di samping itu, ia juga berjaya merangkul lima anugerah peringkat kebangsaan, 14 di peringkat negeri dan 46 di peringkat bahagian dan daerah," katanya.

Dalam pada itu, Muhyiddin begitu teruja dengan inisiatif SK Ulu Lubai yang bergerak aktif dalam mewujudkan program jalinan dan jaringan dengan institusi pendidikan luar negara.

Katanya, jaringan itu bukan calang-calang kerana pada 2009 dan 2010, mereka mewujudkan jaringan dengan University Bristol, United Kingdom (UK), Jin Shan Primary School, Singapura dan Kingsford Community School serta Deptford Green School, masing-masing di UK.

imageSementara itu, Guru Besar SK Ulu Lubai sejak 1998, Jaul Bunyau berkata, kunci kepada kejayaan sekolah itu ialah kerjasama daripada ibu-bapa kerana merekalah yang paling dekat dengan sekolah berkenaan,

 Katanya, mengharapkan orang luar untuk membantu sekolah di pedalaman seperti SK Ulu Lubai amat sukar kerana keadaannya terpencil manakala prasarananya amat terhad.

"Jadi kita kena libatkan komuniti setempat dan guru-guru pula tidak boleh terpisah dengan masyarakat," katanya.

----

Keistimewaan SK Ulu Lubai

Award for Sarawak schools

Isnin, November 01, 2010

SK PEKAN RANAU UZUR PERLU TINDAKAN SEGERA

Bangunan SK Pekan Ranau uzur, sistem parit tidak sistematik

RANAU 1st November, 2010: Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan di sini yang terletak setengah kilometer dari pekan Ranau, kini bukan sahaja berhadapan dengan masalah fizikal bangunan yang sudah uzur, malah bertambah rumit apabila air dari parit di antara blok bangunan sekolah mengalir hingga ke lantai bilik darjah pada setiap kali hujan turun.

Ini berikutan perparitan yang tidak sistematik mengganggu pengajaran dan pembelajaran (P&P) murid-murid.

Mendedahkan masalah itu, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (YDP. PIBG) sekolah berkenaan, Ustaz Mohd. Hainin Abdullah (gambar kecil) memberitahu, yang pihaknya sudah beberapa kali mengajukannya kepada pihak yang berkenaan, namun belum ada tindakan positif setakat ini.

image“Kita merayu kepada kementerian dan Jabatan yang berkaitan, supaya memproses dengan kadar segara permohonan pembinaan bangunan baru di sekolah ini demi keselesaan dan keselamatan anak-anak pelajar di sini,” kata Mohd.Hainin ketika menghubungi New Sabah Times kelmarin.

Menurutnya, fizikal bangunan di sekolah itu terutama bangunan kayu yang dibina sejak tahun 70-an dan 80-an, kini semakin uzur ( reput) dimamah usia amat berbahaya kepada murid-murid.

Tambahan katanya sistem perparitan di antara blok bangunan sekolah berkenaan sentiasa mengeluarkan bau busuk yang tidak menyenangkan ketika musim kemarau manakalah musim tengkujuh pula air akan mengalir deras sampai ke lantai bilik darjah menimbulkan ketidakselesaan dan mengganggu murid-murid belajar.

“Saya bersama para ibu bapa dan guru-guru amat risau serta berasa bimbang dengan masalah ini. Dengan sebab itu saya mewakili mereka, merayu dan memohon kepada pihak Kementerian Pelajaran agar dapat menyediakan peruntukan secukupnya dan menyegerakan pembinaan bangunan baru di sekolah ini,” kata Mohd.Hainin.

Menurutnya pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) telah pun membuat pemantauan terhadap setiap blok bangunan sekolah itu dan mendapati hampir semua blok termasuk bilik guru dan dewan tidak lagi selamat digunakan.

Sementara itu Guru Besar SK. Pekan, Mostajah @ Junaidi Bin Dullah, ketika dihubungi memaklumkan, bahawa surat permohonan kepada Kementerian Pelajaran melalui Jabatan Pelajaran Daerah dan Negeri, telah pun dihantar dan mendapat reaksi positif daripada pihak berkenaan.

Beliau difahamkan bangunan baru di sekolah itu sudahpun dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10).

“Kita amat mengalu-alukan tindakan positif daripada pihak berkenaan untuk menyegerakan pembinaan bangunan baru di sekolah ini dan kami berhasrat mengadakan satu sidang persekolahan jika bilangan bilik darjah mencukupi,” jelas Mostajah sambil memaklumkan di sekolah itu kini lebih 500 orang murid dan sentiasa bertambah setiap tahun namun pendaftaran kemasukan terpaksa dikurangkan memandangkan bilangan kelasnya yang terhad.

SK. Pekan Ranau merupakan sekolah tertua dan terbesar di daerah Ranau, di mana bangunan pertamanya di dirikan sekitar 1936 dengan peralatan tiang, dinding dan mejanya diperbuat daripada bambu beratapkan daun rumbia, kini beratapkan zink meskipun fizikalnya sudah uzur namun prestasi pembelajaran murid-murid dalam bidang kurikulum dan kokurikulum termasuk keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) sentiasa meningkat setiap tahun yang pastinya membanggakan semua pihak.

-----

SK TERTUA DAERAH RANAU, SK PEKAN RANAU, TERPAKSA BEROPERASI MENGGUNAKAN BANGUNAN HARAM KERANA TIDAK DIBERI PERHATIAN ?!

Selasa, Ogos 24, 2010

PIBG DIAJAK BEKERJASAMA TANGANI GEJALA BUANG BAYI

PIBG diajak bekerjasama tangani gejala buang bayi

image RANAU: Yang Dipertua (YDP) Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan di sini, Ust. Mohd. Hainin @ Gantala (gambar) mengajak semua PIBG sama ada di peringkat sekolah rendah atau menengah di negeri ini, supaya berbuat sesuatu bagi memberi kerjasama kepada pihak berkuasa tempatan untuk menangani punca gejala buang bayi dan sebarang keganasan rumah tangga yang kini amat membimbangkan.

Menurutnya, meskipun kes itu tidak berlaku di tempat sendiri, tetap langkah berjaga-jaga dan pengawasan dengan memberi didikan serta bimbingan agama dan akhlak kepada generasi muda khususnya anak-anak adalah amat mustahak sebagai benteng daripada terlibat dengan sebarang kegiatan tidak bermoral.

Beliau berkata, kes pembuangan bayi yang kini semakin kritikal memerlukan kerjasama semua pihak termasuk para ibu bapa untuk memberi sumbangan mencari jalan terbaik bagi menyelesaikannya dan bukan menuding jari hanya menyerahkan tanggungjawab itu kepada kerajaan, sebaliknya memerlukan sokongan semua pihak dengan memantau aktiviti di kawasan masing-masing.

“Kita tidak boleh jangka bila dan di mana pihak yang tidak bertanggungjawab akan berbuat demikian (buang bayi), dengan itu kita perlu menggandakan pemantauan secara berterusan,” jelas Mohd. Hainin kepada New Sabah Times kelmarin.

Beliau turut meluahkan rasa bimbang isu tersebut akan membawa imej negatif kepada masyarakat, bangsa dan negara, apa lagi kepada Malaysia sebagai sebuah negara Islam.

Mohd. Hainin yang juga salah seorang kakitangan Jabatan Hal-Ehwal Agama Islam Negeri Sabah ( Jheains) Ranau, turut menyambut baik dan menyokong keputusan kerajaan agar kes pembuangan bayi disiasat sebagai kes membunuh yang disifatkannya sebagai kena pada masanya.

Beliau turut bersetuju dengan kenyataan Setiausaha Bahagian Kawalan Penapisan Filem dan Penguatkuasaan Kementerian Dalam Negeri, S. Tanasengran yang menyatakan kes pembuangan bayi serta keganasan yang kian berleluasa di negara ini berkemungkinan mempunyai kaitan dengan bahan yang ditonton masyarakat.

“Kenyataan S. Tanasengran itu mungkin ada benarnya, sebab masyarakat termasuk golongan belia (pelajar sekolah/institusi) hari ini, kini semakin terdedah malah menonton atau mungkin memiliki filem dan video ganas (lucah) melalui internet atau menerusi telefon bimbit”, jelas Mohd. Hainin lagi.

Sambil beliau turut mencadangkan salah satu kaedah yang perlu diberi perhatian oleh golongan ibu bapa ialah didikan agama secukupnya kepada anak-anak.

“Hanya dengan pendidikan agama, tidak kira apa jua agama harus dijadikan sebagai tunjang utama kepada setiap individu anggota isnstitusi keluarga supaya terhindar daripada sebarang perbuatan yang boleh merosakkan masa depan”, tambah Mohd. Hainin.

~~~~~

PORN A MAJOR REASON BEHIND BABY DUMPING, SAY COPS

Koleksi Berita Buang Bayi (ke 23 pd 17/6/2010)

Selasa, Julai 27, 2010

SEBELUM UPSR DIMANSUHKAN, KEMENTERIAN PELAJARAN SEHARUSNYA MENGUMUMKAN SATU FORMULA ALTERNATIF YANG BARU AGAR MASYARAKAT UMUM DAPAT MENELITI DAN MENGKAJI SECARA MENDALAM, LALU MENGEMUKAKAN MAKLUM BALAS YANG MEMBINA UNTUK RUJUKAN KEMENTERIAN

Wakil Politik Dan Pendidikan Mahu UPSR Dan PMR Dikekalkan

PUTRAJAYA, 27 Julai (Bernama) -- Sebahagian wakil politik dan pendidikan yang menyertai perbincangan meja bulat kali kedua mengenai cadangan pemansuhan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) hari ini, cenderung kepada pengekalan kedua-dua peperiksaan itu tetapi dengan beberapa penambahbaikan.

Bekas Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Dr Abdul Rahman Arshad berkata segala pendapat yang diberikan pada perbincangan hari ini amat baik, boleh dikatakan sebahagian bersetuju dimansuhkan dan sebahagian lagi beranggapan perlu dikekalkan tetapi dengan beberapa perubahan.

"Ada juga pendapat mahu UPSR dihapuskan dan kekalkan PMR dan ada juga yang berpendapat sebaliknya," katanya ketika ditemui pemberita di sini pada Selasa.

Dr Abdul Rahman berkata banyak juga wakil berpendapat apa juga perubahan atau pemansuhan yang akan dilaksanakan, penekanan kepada kualiti guru perlu dititikberatkan.

"Terdapat juga cadangan agar kemahiran teknikal perlu diperkenalkan sebaik selepas UPSR, jangan tunggu terlalu lama kerana jika selepas tingkatan empat baru diperkenalkan, masanya terlalu singkat," katanya.

Profesor Emeritus Datuk Isahak Haron dari Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia, Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) berkata, kedua-dua peperiksaan itu tidak perlu dimansuhkan tetapi perlu diubah pendekatan serta fungsinya kerana fungsi sekarang lebih berorientasikan peperiksaan.

"Kekalkan UPSR dan PMR berdasarkan pendekatan rujukan-norma yang sedia ada dan mengekalkan fungsi pendidikan di sekolah sebagai alat pemilihan seperti sekarang," katanya.

Isahak yang juga pakar rujuk Majlis Perundingan Melayu, urut mencadangkan UPSR dan PMR dikekalkan sebagai peperiksaan awam tetapi penaksirannya dibuat berdasarkan 'standard-based assesment' ke arah menentukan kualiti pendidikan negara.

"Atau pun memansuhkan UPSR dan PMR dan biarkan sekolah masing-masing melaksanakan peperiksaan atau penaksiran, tidak ada peperiksaan atau penaksiran awam untuk melihat secara makro sejauh mana pelajar kita menerima pendidikan yang diharapkan.

Setiausaha Kehormat Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga dan Pengurus Sekolah China Malaysia (Dong Zong), Poh Chin Chua berpendirian bahawa pendidikan peringkat rendah memerlukan satu sistem penilaian standard untuk seluruh negara memandangkan keadaan yang unik di negara ini.

"Jadi sebelum UPSR dimansuhkan, Kementerian Pelajaran seharusnya mengumumkan satu formula alternatif yang baru agar masyarakat umum dapat meneliti dan mengkaji secara mendalam, lalu mengemukakan maklum balas yang membina untuk rujukan kementerian pula," katanya.

Beliau berkata Kementerian Pelajaran tidak harus membuat keputusan dengan tergesa-gesa mengenai pemansuhan UPSR, malah seharusnya mengumumkan formula alternatif terlebih dahulu dan mendengar pandangan pelbagai lapisan masyarakat secara menyeluruh.

"Keputusan sama ada UPSR dimansuhkan atau tidak boleh ditetapkan kemudian. Sebelum terhasilnya formula alternatif baru yang mendapat sokongan umum, seluruh masyarakat persatuan kami dengan tegasnya tidak menyetujui langkah kementerian memansuhkan UPSR," katanya.

Pengerusi Biro Pendidikan MIC Tan Sri T. Marimuthu berkata kedua-dua peperiksaan terutamanya UPSR perlu dikekalkan untuk menilai produktiviti sekolah dan pelajar di negara ini.

"Lebih penting daripada memansuhkan kedua-dua peperiksaan itu, kita seharusnya memperbaiki sistem penilaian sedia ada dan memfokuskan kepada pengajaran dan pembelajaran," katanya.

Bagaimanapun beliau berkata, kerajaan seharusnya menjalankan kajian terperinci terlebih dulu berhubung pemansuhan kedua-dua peperiksaan berkenaan dan mencari sistem alternatif yang lebih baik sekiranya mahu memansuhkannya.

Perbincangan meja bulat kali kedua itu dipengerusikan Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, disertai 75 termasuk wakil politik, tokoh pendidikan, pemimpin pelajar, badan bukan kerajaan, wakil pejabat Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran, pegawai tinggi Kementerian Pelajaran, wartawan dan wakil daripada industri buku.

------

Saranan MCA: PMR Dimansuhkan Dan UPSR Dikekalkan Dengan Penilaian Baru

27/07/2010 – MESYUARAT AJK PIBG DAN AJK PELAKSANA SEMPENA MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG DAN MENANDATANGANI BUKU REKOD KEMAJUAN PELAJAR 2010 SMK DATU PADUKA MAT SALLEH RANAU

 

Isnin, Jun 28, 2010

"KITA MEMERLUKAN MAKLUM BALAS DARI PERSATUAN GURU, PIBG DAN ORANG RAMAI UNTUK APA-APA PERUBAHAN YANG DIFIKIRKAN PERLU OLEH KEMENTERIAN PELAJARAN," - PUAD ZAKARSHI

Pelajar Boleh Dinilai Di Sekolah Jika UPSR Dan PMR Dimansuhkan: Puad

IPOH, 28 Jun (Bernama) -- Ibu bapa tidak perlu khuatir mengenai cadangan memansuhkan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) kerana jika ia berlaku, Lembaga Peperiksaan Malaysia masih boleh menyelaras peperiksaan di peringkat sekolah, kata Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zakarshi.

Katanya jika peperiksaan itu dimansuhkan, ia tidak bermakna guru-guru akan mengabaikan tanggungjawab mereka untuk mendidik pelajar kerana sebenarnya masih terdapat beberapa ujian lain yang perlu dilalui pelajar.

"Pelajar akan dinilai dalam ujian lain di sekolah. Dengan pemansuhan peperiksaan itu ia akan mengurangkan tekanan kepada murid-murid yang terpaksa melalui beberapa ujian besar sehingga tamat persekolahan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Pendidikan Kebangsaan Guru Besar Malaysia ke-16 dan Persidangan Perwakilan Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia ke-28 di sini hari ini.

Mohd Puad berkata cadangan untuk memansuhkan dua peperiksaan juga adalah sejajar dengan hakikat bahawa sistem pendidikan yang dinamik memerlukan perubahan untuk disesuaikan dengan tuntutan semasa.

"Kita memerlukan maklum balas dari persatuan-persatuan guru, Persatuan Ibubapa dan Guru dan orang ramai untuk apa-apa perubahan yang difikirkan perlu oleh Kementerian Pelajaran," katanya

Mohd Puad berkata keputusan pemansuhan dua peperiksaan awam itu tidak akan dibuat terburu-buru sebaliknya bergantung kepada pendapat semua pihak.

"Pada masa ini ramai yang menyokong dan ada juga yang tidak bersetuju," katanya.

Rabu, Mei 26, 2010

TERDAPAT AKTIVITI-AKTIVITI KONGSI GELAP, MENGEDAR DADAH, ALKOHOL, VANDALISME DAN JENAYAH SEKSUAL BERLELUASA DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH

'Tiada Kuasa' Lawan Pelajar Buli - Guru

RAWANG: Guru-guru di sekolah di sini yang berlakunya kes seorang gadis berumur 14 tahun dirogol oleh rakan sekelas memberitahu bahawa mereka ‘tiada kuasa’ untuk berhadapan dengan pelajar-pelajar yang tidak berdisiplin.

Seorang guru senior berkata, keadaan sekolah itu sesak dengan 3,264 pelajar dan hanya terdapat 30 guru disiplin di kalangan 169 kakitangan yang mengajar.

Peratus bilangan pelajar meliputi Cina sebanyak 43.96 peratus, India pula 38.63 peratus dan Melayu (15.4 peratus).

“Ia terlalu ramai untuk kami kawal,” kata guru berkenaan.

Pasukan Starprobe semalam melaporkan terdapat aktiviti-aktiviti kongsi gelap, mengedar dadah, alkohol, vandalisme dan jenayah seksual berleluasa di kalangan pelajar sekolah itu.

Pelajar-pelajar terbabit yang terdiri daripada beberapa kumpulan telah menimbulkan kebimbangan di kalangan pelajar, guru-guru, ibu bapa juga penduduk setempat.

Cabul dilihat perkara biasa di sekolah itu dan bilangan pelajar yang terlalu ramai hanya menjadikan keadaan tersebut semakin buruk.

Rina (bukan nama sebenar), bekas pelajar mengakui dia pernah dicabul sewaktu belajar di sekolah itu.

Namun dia hanya dituduh kerana melakukan konspirasi dengan pelajar lain apabila mengadu kejadian tersebut kepada seorang guru.

“Guru itu berkata jika benar saya dicabul, saya sepatutnya mengalami trauma,” ujarnya.

Seorang guru yang memberitahu Starprobe berkata, pelajar-pelajar akan dibuang sekiranya mempunyai masalah disiplin, namun kembali semula dengan bantuan ibu bapa mereka.

“Kami percaya ibu bapa pelajar terbabit menggunakan ‘kedudukan’ mereka untuk memastikan anak-anak mereka kembali belajar di sini. Sekurang-kurangnya 30 pelajar akan kembali semula selepas dua atau tiga bulan mereka dibuang,” katanya.

Malah katanya, terdapat kejadian di mana pelajar buli mengambil tindakan dengan membuat laporan polis terhadap guru yang didakwa mengasari mereka.

“Mereka sepatutnya tampil bersama peguam,” ujarnya.

Pengendali bas sekolah yang membawa pelajar-pelajar daripada sekolah berkenaan selama 15 tahun berkata, disiplin mereka semakin teruk sejak bertahun-tahun.

“Ada di antara mereka melakukan vandalisme terhadap rakan lain yang mengendalikan bas sekolah dengan menyembur ayat ’08 is tops’ pada bas terbabit. Malah, mereka pernah menyerang seorang pelajar berhampiran kenderaan saya dua bulan lepas,” katanya.

----

Juvana 17 tahun ancam mahu bunuh cikgu di tempat letak motosikal sekolah

Murid pecah gegendang telinga ditampar guru

Ahad, Mei 16, 2010

15/05/2010 – SAMBUTAN HARI GURU & GOTONG ROYONG PERDANA SK. KITUNTUL RANAU

DSC01738

DSC01721

image

image

MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU SK.KITUNTUL RANAU.

YB-YB (YANG BERUSAHA) STAF SK. KITUNTUL.

MURID BERSALAMAN, MENYAMPAIKAN KAD & HADIAH KEPADA GURU. 

 

GOTONG ROYONG