Memaparkan catatan dengan label bom. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bom. Papar semua catatan

Ahad, Ogos 29, 2010

BOM DEPAN PANGSAPURI MELETUP, DUA TERCEDERA

Bom Depan Pangsapuri Meletup, Dua Tercedera

Oleh STEVEN DANIEL

Anggota Bomba dan Penyelamat membantu seorang daripada dua mangsa yang cedera parah akibat terkena letupan bom buatan sendiri di Apartment Desa Tun Razak, Cheras di sini pada Ahad. Mangsa terkena letupan selepas cuba mengangkat sebuah kotak misteri yang diletakkan di hadapan rumah majikan mereka, seorang pemilik kafe siber yang beroperasi di tingkat bawah apartment berkenaan. Mereka dikejarkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk menerima rawatan. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Sebutir bom anjakan yang diletakkan di depan sebuah pangsapuri di Desa Tun Razak, Cheras di sini meletup dan telah mencederakan dua orang awam selain mengakibatkan kerosakan kecil terhadap lima unit rumah lain pada Ahad.

Pemilik rumah berusia 51 tahun itu terdengar pintu rumahnya di ketuk kira-kira pukul 8.30 pagi tadi sebelum menemui sebuah kotak misteri yang diletakkan di hadapan pintu rumahnya.

Dia kemudiannya terbau gas petrol pada kotak berkenaan dan bertanya kepada jirannya jika ada di antara mereka terlihat sesiapa meletakkan kotak tersebut di hadapan pintu rumannya.

Bagaimanapun, tiada siapa yang melihat ada orang meletakkan kotak berkenaan.

Risau dengan kandungan kotak itu, dia kemudiannya meminta dua pekerjanya yang berada di tingkat bawah untuk membuka isi kandungan kotak itu.

Apabila mereka membuka kotak tersebut, ia secara tiba-tiba meletup dan telah mengakibatkan badan dua mangsa seorang wanita berusia 51 tahun dan seorang lelaki, 38, melecur hampir 70 peratus.

Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) di sini untuk rawatan.

ANGGOTA polis memeriksa kesan letupan bom buatan sendiri di Tingkat 12, Apartmen Desa Tun Razak,  di Kuala Lumpur,  pagi semalam.Asisten Komisioner Polis Cheras, Ahmad Amir Mohd Hashim berkata polis tidak menolak kemungkinan motif kejadian adalah disebabkan persaingan perniagaan walaupun pemilik pangsapuri itu menafikan ada menerima sebarang ancaman sebelum ini.

Pemilik pangsapuri itu adalah seorang pemilik kafe siber yang beroperasi di tingkat bawah pangsapuri berkenaan.

~~~~~

Mangsa Bom Buatan Meletup Meninggal Dunia

"Mangsa mengalami kecederaan teruk apabila hampir 90 peratus badannya melecur dan kita tidak menolak kemungkinan faktor ini yang menyebabkan kematiannya. Bagaimanapun, bedah siasat akan dijalankan untuk mengetahui punca sebenar (kematiannya),"

Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras Supt Abdul Rahim Hamzah Othman

~~~~~

Polis sahkan bahan letupan adalah mercun

Polis mengesahkan letupan sebuah kotak misteri yang meragut nyawa seorang daripada dua pekerja kafe siber di Pangsapuri Desa Tun Razak di sini hari ini berpunca daripada mercun.

"Polis meminta orang ramai supaya tidak terpengaruh dengan sebarang khabar angin bahawa kejadian ini berpunca daripada bahan letupan lain.

"Pada masa yang sama, kita sedang menyiasat bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian dan motif perbuatan khianat itu termasuk bagaimana mercun itu dihasilkan sehingga mampu menyebabkan letupan kuat,"

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar

-----

Wanita maut kotak meletup

“Kita kini mendapatkan bantuan Unit Forensik Polis, Unit Pemusnah Bom Polis Kuala Lumpur dan Unit Forensik Jabatan Bomba bagi mengenalpasti bahan yang digunakan untuk menghasilkan bom itu.

“Polis juga akan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di apartmen ini bagi mengenalpasti suspek yang bertanggungjawab meletakkan kotak mengandungi bahan letupan itu,”

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah

Sabtu, Februari 06, 2010

SEORANG LELAKI MENEMUI SEBUTIR BOM GRENAD DALAM SEBUAH DEKODER ASTRO TERPAKAI

Lelaki Jumpa Bom Grenad Dalam Dekoder Astro

KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Seorang lelaki menemui sebutir bom grenad dalam sebuah dekoder astro terpakai yang baru dibelinya dari seorang lelaki yang tidak dikenali berhampiran Tesco Ampang, di sini pada hari Jumaat.

Ketua Polis Daerah Ampang ACP Abdul Jalil Hassan berkata penemuan bom itu dimaklumkan kepada polis kira-kira pukul 5 petang.

"Lelaki yang berumur lingkungan 20-an itu berminat membeli dekoder terbabit selepas membaca iklan yang ditampal di satu tembok di kawasan berhampiran.

"Melihat pada harga dekoder yang ditawarkan, dia kemudian terus menghubungi nombor telefon yang tertera pada iklan," katanya dalam satu khidmat pesanan ringkas kepada Bernama.

Beliau berkata penjual dekoder itu kemudian meminta lelaki berkenaan untuk bertemu dengannya di satu kawasan berhampiran di Tesco Ampang.

"Dekoder itu diletakkan dalam sebuah kotak. Lelaki itu kemudian bertindak memeriksa dekoder itu apabila melihat sesuatu di dalam dekoder berkenaan.

"Dia terkejut dan panik apabila mendapati ia adalah sebutir bom grenad," katanya.

Abdul Jalil berkata menyedari kejadian itu, penjual dekoder kemudian bertindak melarikan diri dengan menaiki sebuah motosikal.

"Polis masih berusaha mengesan penjual dekoder itu dan kes disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Senjata Api 1960," kata Abdul Jalil.

Jumaat, Januari 08, 2010

“I HAVE ALSO RECEIVED SMSES THAT VEHICLES WITH CROSSES AND ROSARIES HAD BEEN VANDALISED IN THE KLANG VALLEY. ALL THESE ARE MERE RUMOURS.

IGP: Stop the vicious rumours

KUALA LUMPUR: Those spreading vicious rumours over the arson attacks on three churches in the Klang Valley on Friday can be arrested under the Internal Security Act, IGP Tan Sri Musa Hassan warned.

He said he had received numerous phone calls as well as SMSes, alleging that more than three churches had been attacked.

“I have also received SMSes that vehicles with crosses and rosaries had been vandalised in the Klang Valley. All these are mere rumours.

“We will not tolerate such actions and will not hesitate to even arrest those responsible under Section 28 of the ISA,” Musa told The Star, adding that the police were tracing who had sent out such SMSes.

Reiterating that only three churches had come under attack on Friday, Musa said police would beef up security and patrols at churches and also mosques to ensure no untoward incidents happened.

image “These patrols will be carried out for the next three days. Besides this, we will also carry out air patrols throughout the country.

“I have directed all state police chiefs to personally oversee the safety of mosques and churches,” he added.

"JANGAN KAITKAN ANGGOTA ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (ATM) DALAM INSIDEN MEMBALING BOM KE GEREJA AWAL PAGI TADI." ?

"Jangan kaitkan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam insiden membaling bom ke gereja awal pagi tadi."

"Saya fikir jangan ada provokasi kepada mana-mana pasukan tentera dan kita harap begitulah sebaliknya, tidak ada angkatan tentera yang melakukan provokasi itu bagi pihak di luar,"

"Pada hemat saya, perkara sebegini tidak harus berlaku sama ada ia dilakukan oleh orang awam atau anggota tentera,”

"Kita hendaklah patuh kepada undang-undang yang telah ditetapkan. Saya fikir perbezaan pendapat mesti diselesaikan dengan kekuatan akal dan bukannya dengan kekuatan fizikal atau material,"

 Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Hamidi

Selasa, Disember 15, 2009

"KITA MASIH SIASAT, TAK KIRA SAMA ADA NAK LETUP DI KUALA LUMPUR, TERENGGANU, JOHOR, SINGAPURA ATAU THAILAND, NYAWA TETAP NYAWA…

Semua Pihak Perlu Beri Perhatian Serius Tentang Penemuan Bom

Penemuan sejumlah bom buatan sendiri di sebuah rumah di kawasan terpencil di kawasan jajahan Pasir Mas Isnin, harus dipandang serius oleh semua pihak termasuk parti politik pembangkang.

Kejadian itu menunjukkan Malaysia juga tidak terlepas dari ancaman keganasan dan meminta supaya pihak yang berkenaan tidak menganggapnya sebagai kejadian yang sengaja dibuat-buat.

"...jadi orang yang main politik kena faham dengan hal sedemikian, bahawa ancaman keselamatan bukan satu perkara yang dibuat-buat.

"Hari ini kita lihat sendiri di Pasir Mas wujud hal-hal sedemikian rupa. Jangan sampai kita ghairah sangat nak dapatkan kepentingan politik untuk jadi popular,"

"Hubungan antara Cawangan Khas kita dengan Thailand cukup dekat dan rapat, kita nak memerangi hal ini dengan serius dan arahan yang saya turunkan beberapa bulan sebelum ini berkisar pada keganasan, penyeludupan dadah dan juga perdagangan manusia.

"Jadi itu dalam hal ini kita akan buat apa sahaja untuk mempastikan bahawa kalau ada maklumat, tindakan akan diambil tanpa bimbang kepada risiko ini,"

"Kita masih siasat, tak kira sama ada nak letup di Kuala Lumpur, Terengganu, Johor, Singapura atau Thailand, nyawa tetap nyawa. Kita percaya perkara ini merupakan agenda yang perlu dikongsi bersama sebagai agenda antarabangsa,"

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

Selasa, Mei 26, 2009

YET ANOTHER WW2 BOMB IN K'GAU

image Keningau, May 26, 2009: People here cannot be blamed if they now fear there may be World War 11 bombs lurking in their backyards as another war relic was found in the district Monday - the fifth find in two weeks.

The 200-pound bomb found by villager Wasimin Madin, 54, in his rubber smallholding in Kampung Awou, about 20km from here.

Last week and the week before two such bombs were found by workers levelling an area earmarked for a housing estate at Kampung Toboh Baru, not far from the Keningau District Hospital.

Two others were found in the same area several years ago. All the bombs found earlier had been detonated by police.

District police chief Deputy Superintendent Zahari Mohamed said the latest discovery was also not the first found in Wasimin's land. He said a similar bomb was found in the same area several years ago.

He said the rubber tapper informed them about the bomb at 7.30am and a police team was rushed to the area to investigate.

Zahari said like the other bombs found earlier, the explosive found yesterday was about eight inches in diameter and three feet long.

Khamis, Mei 21, 2009

BOM KEEMPAT PENINGGALAN PERANG DIJUMPAI DI TAPAK PEMBINAAN

image KENINGAU, 21st May, 2009: Ketua Polis Keningau DSP Zahari Mohammed menghormati kebimbangan penduduk, dan tidak menolak satu cadangan umum mengenai penggunaan pengimbas satelit, bagi mengesan peninggalan bom di kawasan sebuah tapak pembinaan, berhampiran Kg. Toboh Baru, selepas bom keempat ditemui kira-kira jam 11.30 pagi pada Rabu.

“Kita bersetuju jika ia satu penyelesaian yang terbaik,” katanya, ketika ditemui selepas memberi taklimat kepada pengamal media mengenai penemuan bom keempat itu.

Mempunyai jarak kekuatan kira-kira 800 meter, bom keempat yang ditemui itu dikenali sebagai UXO Bom, dipercayai digunakan oleh tentera bersekutu untuk melumpuhkan lojistik tentera Jepun semasa perang dunia kedua.

Bom yang berfungsi sebagai pembakar itu, seberat 250Ib dan mempunyai ukur lilit 2 kaki 8 inci serta sepanjang 4 kaki 7 inci.

Zahari berkata, bom itu ditemui oleh seorang pekerja ketika kerja-kerja meratakan kawasan itu sedang dilakukan, dan terletak kira-kira 20 meter daripada penemuan bom ketiga yang berjaya diletupkan kira-kira seminggu yang lalu.

Kedudukan diantara empat bom yang ditemui di tapak itu, ialah diantara 30 hingga 100 meter diantara satu.

Sebelum ini penduduk disekitar mencadangkan kawasan itu diimbas dengan menggunakan teknologi satelit, bagi tujuan mengesan kemungkinan masih banyak lagi bom-bom peninggalan, sama ada milik tentera Jepun atau bersekutu tertimbus di kawasan itu.

Wakil Rakyat Liawan Datuk Sairin Karno ketika dihubungi, bersetuju dengan cadangan itu dan berkata; “Ia perlu bagi memastikan keselamatan penduduk lebih terjamin,”.

Lokasi berisiko bom itu terletak berhampiran dengan sebuah hospital daerah Keningau, dan penemuan demi penemuan bom peninggalan perang merisaukan pesakit serta penduduk yang tinggal di sekitar.

Ketika berita ini ditulis, kawasan itu telah ditutup kepada orang ramai untuk memberi laluan selesa kepada pihak keselamatan, untuk melakukan persiapan meletupkan bom tersebut.