Selasa, Januari 31, 2012

KEBANJIRAN PENIAGA WARGA ASING MENYUKARKAN RAKYAT TEMPATAN MENCARI REZEKI

Kehadiran penjaja asing ancam peluang penduduk tempatan berniaga

TAMPARULI 31st Jan, 2012: Kehadiran ramai penjaja disyaki pendatang asing di sekitar pekan ini didakwa mewujudkan masalah khususnya kepada penduduk tempatan yang hendak berniaga kecil-kecilan di sini.

Pengerusi Kelab Tamparuli Sabah (KTS), Francis Soon mendakwa ekoran kebanjiran peniaga warga asing di sini, ramai penduduk tempatan terpaksa bersaing mendapatkan ruang berniaga.

“Sejak kebelakangan ini, jumlah penjaja warga asing di kawasan pekan Tamparuli semakin ramai,” dakwanya.

Beliau berkata sekiranya dominasi oleh penjaja warga asing itu tidak dikawal, rakyat tempatan bakal menghadapi kesukaran untuk mencari rezeki.

“Tidak mustahil, dalam tempoh singkat orang asing akan menguasai kesemua tapak berjaja di sini,”

tegas beliau.

Francis berkata demikian pada majlis sambutan Tahun Baru Cina, di sini Ahad lalu.

Dalam hal lain, beliau menggesa pihak berwajib menyelesaikan masalah lampu-lampu jalan yang tidak menyala di sekitar pekan ini walaupun didapati tiang dan talian kelihatan elok.

Seterusnya beliau berharap wakil rakyat kawasan ini supaya membawa isu berkenaan ke mesyuarat Majlis Daerah atau pihak yang berkaitan kerana masalah itu boleh mengundang pelbagai masalah termasuk melibatkan aspek keselamatan.

Francis turut menimbulkan masalah kekurangan kawasan meletakkan kenderaan di kawasan bangunan KTS menyebabkan kebanyakan ahli kelab mengadu sering disaman akibat kesalahan meletakkan kenderaan.

“Ini bukan bertujuan untuk kegunaan kelab semata-mata, tetapi setiap kali ada majlis di dewan, sekurang-kurangnya kawasan ‘parking’ baru ini dapat mengurangkan kesesakan dan memberi keselesaan kepada masyarakat setempat,” jelasnya.

Justeru, beliau berharap perkara itu diberi perhatian oleh para pemimpin rakyat di kawasan ini untuk mencari jalan penyelesaian demi kebaikan bersama.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tamparuli Datuk Jahid Jahim ketika diminta mengulas perkara itu berjanji untuk memaklumkan segala permasalahan yang ditimbulkan itu kepada Majlis Daerah Tuaran.

“Kita akan menyiasat laporan mengenai kehadiran penjaja warga asing dan seterusnya mengambil tindakan segera agar kepentingan penjaja Bumiputera tempatan tidak akan terjejas,” kata Jahid.

14 ulasan:

  1. Local citizens who wanted to do business should be given priorities rather than approving the foreigners first.

    BalasPadam
  2. The issues with the malfunction street lamps should be brought up to the town councils so that the problem can be resolved.

    BalasPadam
  3. kebanjiran warga asing mmg byk menggugat kedudukan pendudk tempatan, mereka kini makin naik kepala.

    BalasPadam
  4. hal ini yang membimbangkan, jika ia berterusan, pasti rakyat tempatan akan hilang kedudukan mereka di tanah air sendiri. jadi tindakan perlu diambil.

    BalasPadam
  5. kesian ba tu PATI mahu juga durang mencari makan.

    BalasPadam
  6. Looking at the bigger picture, in some ways its is also the fault of the local as well. When it comes to employment, they rather go for the highest bidder where as these illegal immigrants came here to work, regardless of the price being offered.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Plus, the locals tend to be lazy. Not all but it happened. The locals themselves must struggle more and complain less.

      Padam
  7. In a sense due to our unwillingness and choosiness in terms of employment, we have "gave" these illegal immigrants a foot hold in our state in term of employment.

    BalasPadam
  8. After all not only that they are cheap and cost efficient for the retaining employers, compare to our locals who are not only picky as well as choosy.

    BalasPadam
  9. pihak berkuasa perlu ambil tindakan segera ke atas para peniaga warga asing ni.

    BalasPadam
  10. Sepatutnya tidak payah tunggu ada laporan baru mahu bertindak. Rajin2 turun padang pantau masalah di tempat itu. Sendiri boleh nampak macam mana makin ramai PATI yang berniaga.

    BalasPadam
  11. Persaingan yang dihadapi oleh penduduk tempatan dengan warga asing ini menyukarkan mencari rezeki. Kadang kala warga asing akan berniaga lebih murah barangan dari penduduk tempatan. Ini menyebabkan persaingan sengit berlaku.

    BalasPadam
  12. cuba selesaikan dulu masalah berkenaan dengan PATI dan PADI baru fokuskan kepada pembangunan ekonomi negeri ini dan rakyat di negeri ini..

    BalasPadam