Khamis, April 14, 2011

6 SEKELUARGA KENA IKAT, DIROMPAK DIPERCAYAI WARGA ASING

6 sekeluarga kena ikat, dirompak

2011/04/14 KUANTAN: Enam sekeluarga termasuk seorang bayi berusia 11 bulan menempuh detik cemas apabila diikat menggunakan wayar telefon oleh lima lelaki bertopeng dan bersenjatakan parang yang menyamun rumah mereka di Bandar Jengka 23, Maran, awal pagi semalam.

Mangsa ialah pasangan peneroka berusia lingkungan 60-an bersama empat anak, menantu serta seorang cucunya berada dalam rumah berkenaan.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi, semua mangsa sedang tidur di bilik masing-masing sebelum dikejutkan dengan kehadiran penyamun terbabit yang turut bertindak mengikat mereka sekeluarga.

Peneroka terbabit bangun untuk memeriksa namun terkejut apabila mendapati lima lelaki bertopeng dan bersenjatakan parang sudah berada di dalam rumahnya.

Berikutan itu, keluarga berkenaan kerugian kira-kira RM5,000 apabila penyamun melarikan dua buah komputer riba, barang kemas, telefon bimbit serta wang tunai sebanyak RM200.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Superintendan Nordin Mustapha berkata, mangsa bagaimanapun gagal mengecam muka suspek tetapi memaklumkan mereka dipercayai warga asing berdasarkan dialek digunakan mereka ketika bercakap dengan mangsa.

Nordin berkata, siasatan awal mendapati suspek terbabit masuk ke rumah mangsa melalui tingkap bahagian tepi rumah berkenaan berikutan penemuan kesan kumpilan.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun berkumpulan dan boleh dihukum penjara maksimum sehingga 20 tahun, denda dan sebatan jika sabit kesalahan,” katanya.

18 ulasan:

  1. kejadian jenayah rompak makin berleluasa sekarang, dalam kes ini dipercayai perompak tersebut adalah warga asing. warga asing tak habis2 nak buat jenayah.

    BalasPadam
  2. Another crime case involving foreigners.

    BalasPadam
  3. Hope that the police will do their best to break this case.

    BalasPadam
  4. Diharap pihak polis dapat menangkap perompak tersebut dengan segera dan hukuman yang berat dikenakan.

    BalasPadam
  5. warga asing lagi. Memang pembawa jenayah.

    BalasPadam
  6. "6 SEKELUARGA KENA IKAT, DIROMPAK DIPERCAYAI WARGA ASING "

    I'm pretty sure is foreigners.

    BalasPadam
  7. With the crime rate increasing, I think it's a good idea for people to sign up for a self defense class.

    BalasPadam
  8. And some genius want to give PR to Illegal Immigrant if they manage to win the next general election!

    brilliant!Vvvvvvvveeeeryyyy briliant!

    BalasPadam
  9. Casper...

    the best way to protect yourself is avoiding any confrontation with the person who treatening you..but when you doesn't have a choice, use anything that you have in your possesion as a weapon..your fist, your leg, even a book can become a lethal weapon, if you know how to use it...

    To avoid house invasion (just like what is being reported here) what you can do is preventing your house being invaded...install a safety grill inside & outside your house, double lock action door lock + inside key latch, cctv, alarm + panic button...& save the nearest police station phone number because the police will respond faster this if you call directly to the police station instead of dialing 999...

    for personal protection, just keep a baseball bat, samurai sword, paper spray or steel pipe rode in your bedroom..and pry that you will not resorted to use it...

    BalasPadam
  10. jenayah ini dipercayaai dilakukan oleh warga asing..sudah banyak kali kita mendengar perbuatan jenyah yang dilakukan oleh warga asing. harap kes ini dapat diselesaikan dan hukuman yang berat dikenakan terhadap penjenyah tersebut.

    BalasPadam
  11. lihat statistik dan kira berapa kes jenayah yang berjaya disumbangkan oleh pendatang asing. sepatutnya dari dulu lagi kerajaan bertindak aggresif terhadap kehadiran mereka bukannya menunggu mereka yang bertindak aggresif terhadap orang tempatan.

    BalasPadam
  12. Semakin membimbangkan keadaan sekarang. Warga asing semakin berani melakukan jenayah dan mengancam keselamatan rakyat kita sendiri.

    BalasPadam
  13. Foreigners are the main contribution to the increase of crime rate nowadays.

    BalasPadam
  14. Mahmud bin Haji KamaruddinKhamis, April 14, 2011 3:56:00 PTG

    They consider very lucky of not being hurt or killed by the thief...

    BalasPadam
  15. Inilah yang menyebabkan rakyat makin tidak sennag dengan warga asing. huhu

    BalasPadam
  16. Semoga mereka dapat ditangkap dan dikenakan hukuman setimpal.

    BalasPadam
  17. Harap polis akan berusaha membanteras jenayah dalam negeri.

    BalasPadam
  18. Harap pihak polis akan rajin membuat rondaan.

    BalasPadam