Membuat lawatan ke PUSKAL- Pertubuhan Unit Sains Kg. Lingkudau Ranau Sabah, bersama En. Zulqurnain. Telah berjumpa dengan Dr. Mustapha Nasir untuk meminta khidmat nasihat mengenai laptop yang tenat dan sambil bertukar-tukar fikiran.
Dr. Mustapha Nasir sedang melayari Blog “Silou bah ini”.
Para remaja dan belia sedang melayari internet di bilik gerakan PUSKAL Kg. Lingkudau.
Pemaju Mukim Karanaan En. Sapawi Abd. Ghani sedang melayari internet untuk mendapat berita terkini.
Sebahagian daripada aktiviti yang telah dijalankan oleh Unit PUSKAL untuk menarik perhatian peminat astronomi.
Teleskop ini merupakan hadiah kepada pemenang “bertuah” peraduan astronomi yang telah diadakan oleh unit PUSKAL Kg. Lingkudau Ranau.
Bangunan Mini Dewan Kg. Lingkudau yang sedang dalam proses terakhir pembinaan.
Lawatan ini telah memberi beberapa “idea” bagaimana dapat menarik minat warga Kg. Silou seperti kanak-kanak, remaja dan penduduk Kg. Silou yang lain, agar dapat melibatkan diri mereka kepada perkara yang lebih positif seperti menimba ilmu melalui bidang “IT”.
P.s. Selepas di periksa oleh Dr. Mustapha, beliau telah mengesahkan jantung (motherboard) laptop saya tidak dapat diselamatkan lagi. :P
al-fateha kpd almarhum professor mustapha nasir
BalasPadam